Kelaziman tipografi Kelvin

Berbagai-bagai alasan telah diberikan tentang mengapa nama "kelvin" ditulis dalam huruf kecil dan simbolnya, "K", tidak didahului oleh simbol ° (darjah). Umpamananya, sebilangan sumber mengatakan bahawa kelvin tidak mempunyai simbol darjah kerana ia merupakan skala mutlak (sifar mutlak perujukan). Bagaimanapun, takrif "darjah" ialah "unit pembahagian atau senggatan" dan oleh itu, tidaklah mengapa di mananya titik skala suhu. Walaupun begitu, simbol untuk Rankine (juga suatu skala mutlak) didahului oleh simbol darjah.

Terdapat dua alasan mudah tentang mengapa nama unit kelvin dan simbolnya ditulis sebegitu: Meskipun kelaziman penamaan yang digunakan secara sejarah untuk skala-skala suhu yang lain, nama-nama unit SI tidak pernah menggunakan huruf besar. Selain itu, Persidangan Agung Timbang dan Ukur Antarabangsa (CGPM) pada tahun 1967 mengisytiharkan bahawa simbol kelvin, K, tidak akan lagi didahului oleh simbol darjah kerana kelvin tidak lagi akan merujuk kepada seluruh skala; ia hanya akan diakui sebagai rujukan kepada satu unit individu yang membentuk skala. Oleh itu, nilai nombor yang didahului dengan simbol unit hanya akan menentukan "berapanya kelvin" (serupa dengan 15 km atau 4 µg). Oleh sebab kelvin tidak lagi merujuk kepada seluruh skala sejak 1967, ia tidak sesuai, baik dirujuk sebagai suatu kedudukan berkait darjah di dalam skala mahupun mendahului "K" dengan simbol ° (darjah).

Perhatikan bahawa simbol (bukan singkatan) untuk unit kelvin selalu ditulis dengan huruf besar K (versi huruf kecil ialah awalan SI untuk 1 x 103) dan tidak pernah menggunakan huruf condong. Serupa dengan semua unit SI yang lain, terdapat satu ruang antara nilai dan simbol, umpamanya "99.987 K".

Unikod merangkumi "tanda kelvin" dalam U+212A (dalam pelayar, ia kelihatan seperti K). Bagaimanpun, "tanda kelvin" dihuraikan secara berkanun menjadi U+004B, dan dilihat sebagai suatu kesilapan pengekodan (pendulu). Oleh itu, adalah lebih baik untuk menggunakan U+004B (K) secara langsung.